Kate Middleton dan Putera William membuat penampilan di karpet merah BAFTA 2023.
Puteri Wales, 41, mengambil risiko dengan mengenakan gaun putih paling cantik pernah dilihat. Malah, netizen merasakan penampilan Kate yang ini paling terbaik.
Kate mengubah suai gaun Alexander McQueen berinspirasikan Grecian putih, yang dipakainya pada acara yang sama pasa tahun 2019. Kali ini, Kate menukar perincian korsaj di bahu kepada sifon berjuntai, menjadikan fesyennya lebih cantik manis.
Gaun putih jelmaan bidadari dipadankan bersama sarung tangan opera baldu hitam yang kontras, mencipta kesan dramatik yang tersendiri. Tidak ketinggalan clutch klasik dari warna senada.
“Sarung tangan opera adalah fesyen yang berisiko dan mempunyai pengaruh besar. Tetapi Kate berjaya membawanya,” jelas Genevieve James, pengarah kreatif diraja memberitahu People.
Rambut panjang Kate dibiarkan mengurai, yakni menonjolkan lagi kecantikannnya. Anting-anting berbentuk kelopak bunga pula dari jenama mampu bilik Zara. Anting-anting yang menampilkan appliqué berlian buatan hanya berharga $28 sahaja. Dimaklumkan, ia telah sold out.
Penampilan Kate memang cantik sekali.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.