Anak perempuan Ajay Devgn dan Kajol, Nysa Devgn memilih untuk memakai pakaian etnik dan perhiasan hindi untuk menghadiri upacara bagi pelajar yang kurang bernasib baik. Nysa sering menjadi tajuk utama untuk gambar percutian dan parti hari lahirnya.
Anak kepada bintang terkenal itu, sudah pun mempunyai peminatnya sendiri di media sosialnya. Nysa kelihatan berseri-seri pada hari Isnin tersebut selepas melangkah keluar dengan pakaian tradisional untuk menyokong tujuan mulia itu.
Merasmikan Perpustakaan Digital Bersama Pelajar Kurang Berkemampuan
Nysa baru-baru ini menghadiri acara untuk pelajar kurang berkemampuan di pedalaman Ahmednagar. Menurut laporan Yayasan NY Ajay, telah bekerjasama dengan sebuah organisasi yang aktif di lebih 200 kampung di seluruh india.
Nysa merasmikan perpustakaan digital dan mengedarkan beberapa buku dan kit sukan kepada pelajar. Terlihat Nysa juga beramah mesra dengan kanak-kanak sambil mengambil gambar bersama-sama.
Video Nysa Struggles Untuk bercakap Hindi
Nysa juga memberitahu tentang kepentingan pendidikan dan membaca buku. Bagaimanapun Nysa berusaha bergelut untuk mencari perkataan yang sesuai ketika menyampaikan ucapan dalam bahasa Hindi.
Saya suka membaca, saya pernah membaca 2,3 buah buku setiap hari. Jadi anda juga tidak perlu berhenti membaca.-kata Nysa
The little speech of nysa devgan about importance of Education pic.twitter.com/MBvX06EZh3
— kamal shekhar (@kamalshekhar3) February 20, 2023
Nysa masih melanjutkan pengajian tinggi di Switzerland. Bercakap mengenai kerjayanya, Ajay berkata dalam temu bual dengan Film Companion
“Saya tidak tahu sama ada dia mahu ceburi bidang seni ini juga atau tidak, sehingga kini dia menunjukkan sikap tidak berminat. Apa-apa sahaja boleh berubah bila-bila masa dengan dia. Dia sedang berada di luar negara, dia sedang belajar sekarang.”‘- kata bapanya itu
Jangan lupa ikuti MURAI MY di Instagram, Facebook, Telegram dan semua platform media sosial yang ada.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.