Filem terbaru Akshay Kumar berjudul Selfiee yang bakal ditayangkan hujung minggu ini pada 24 Februari telah berjaya memecahkan rekod Dunia Guinnes ketika acara promosi filem berkenaan.
Rekod dunia yang dimaksudkan adalah mengambil swafoto ( selfie ) bersama peminat yang terbanyak dalam masa 3 minit. Akshay menggelarkan rekod dunia Guiness itu sebagai satu penghormatan buat peminatnya, akshay juga menulis di Instagramnya.
“Semua yang saya capai dan di mana saya berada dalam hidup saya sekarang adalah kerana cinta tanpa syarat dari peminat saya. Ini adalah penghormatan istimewa saya kepada mereka yang menyokong saya sepanjang karier saya. Dengan bantuan peminat saya telah memecahkan rekod dunia Guiness untuk swafoto terbanyak dalam masa 3 minit. Terima kasih semua, ini sangat istimewa dan saya akan ingat ini selama-lamanya.”
Di dalam filem Selfiee, Akshay memainkan watak superstar dan Emraan Hashmi memainkan watak sebagai peminatnya. Mengisahkan peminat yang mahu berswafoto dengan bintang besar tersebut yang entah bagaimana bertukar menjadi konflik besar. Untuk kisah selanjutnya kena tonton di pawagam yang berdekatan dengan anda.
Akshay memperolehi perhatian yang kurang menarik di filem itu sejak tahun lepas. Dengan lima buah filem yang dikeluarkan pada tahun 2022 iaitu Bachchhan Paandey, Samrat Prithviraj, Ram Setu, Raksha Bandhan dan Cuttputlli. Akshay mendapati dirinya berada di tempat yang sukar selepas 5 filem tersebut sudah pun di tonton.
Baru-baru ini, dilaporkan bahawa Akshay kembali dalam Hera Pheri Francahise dan gambar dari set menunjukkan bahawa dia telah memulakan penggambaran untuk filem tersebut bersama Suniel Shetty dan Paresh Rawal. Akshay sebelum ini berkata dia telah keluar daripada filem itu kerana tidak berpuas hati dengan skrip.
Jangan lupa ikuti MURAI MY di Instagram, Facebook, Telegram dan semua platform media sosial yang ada.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.