Saban hari H&M terus unggul mendominasi fashion forward. Pantas mengikuti peredaran zaman dengan trend terkini, H&M mengeluarkan Koleksi H&M Studio 2023 yang bakal membuatkan kamu terpikat.
Diinspirasikan oleh dewi-dewi Zaman Keemasan Hollywood dan bintang zaman moden yang mengetengahkan pendekatan ‘go big or go home’ untuk bergaya. Rekaan yang ekstravaganza kepada pakaian luar dengan pakaian santai, aksesori dengan eksen yang warna-warni, setiap satu helaian memberi mood yang berani.
Berikut antara pilihan Miss Murai mesti kamu grab.
Jaket motorsikal kulit yang oversized menyerlahkan lagi penampilan kamu rugged dan lasak. Dress denim ala berkemban untuk gadis yang ranggi dan berkeyakinan.
Helaian two-pieces, terdiri daripada vest bersama skirt maxi potongan high-waisted. Uniknya, ia dihiasi dengan beratus-ratus butang jahitan tangan.
Ke parti? Tampil glamor dengan gaun kembang hitam yang sensasi ini. Dupe untuk trench coat Burberry? H&M Studio tampil dengan trench coat yang oversized sebagai peneman.
Terdapat banyak lagi seleksi, tapi di atas merupakan pilihan peribadi Miss Murai. Wardrobe yang basic boleh diserlahkan dengan helaian di atas.
Koleksi H&M Studio S/S23 akan tersedia secara eksklusif dalam talian di www.hm.com mulai 2 Mac.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.