Sebut sahaja nama penyanyi, Hael Husaini, pasti ramai yang sudah terbayang akan fesyen penyanyi kacak itu yang sangat ‘wow’ dan mampu berada sebaris dengan selebriti-selebriti antarabangsa.
Terkini,Hael Husaini kembali menjadi bualan ramai selepas memuatnaik foto di Instagram yang disifatkan oleh netizen sebagai tidak menutup aurat dengan sempurna.
Dalam hantaran tersebut, Hael dilihat bergaya untuk sesi bergambar bagi mempromosikan beg jenama mewah dari Itali, iaitu Prada.
“PRADA. @prada #PradaSymbole.”-kapsyen Hael Husaini di Instagram
“Bang Seluar Pendek Sangat Tu..”
Namun, pemakaian Hael Husaini telah mendapat teguran netizen selepas Hael dilihat menggayakan seluar pendek paras atas lutut bersama knitwear lengan panjang berwarna hijau, malah ada yang meluahkan rasa rindu terhadap penampilan lama Hael Husaini.
“Hilang ke’ori’an.”
“Tiber macam perempuan dah. Nak Hael yang dulu.”
“Ghisau dengan Hael lani.”
“Taksub K-Pop sangat ni.”
“Hilang dah Hael yang macho dulu. Hitam manis.”
“Bang seluar pendek sangat tu, nanti pakai seluar panjang k.”
Hael Husaini sebelum ini menjadi bualan ramai selepas tular video di TikTok yang memaparkannya sedang menikmati hidangan sambil berbual dengan rakan di hadapannya itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi yang merasakan perwatakan Hael yang dilihat semakin ‘lembut’.
Walaupun ramai yang mengkritik, penampilan Hael tetap mendapat pujian ramai yang rasa teruja melihat Hael Husaini kelihatan semakin kacak seperti aktor Korea.
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.