“Malang tidak berbau…boleh jadi dekat mana-mana sahaja” – jelas Uqasha Senrose
Memuat naik video di laman Instagram, Uqasha Senrose tampil menyeru warganet hentikan provokasi atau sebarang tuduhan melulu kepada mana-mana individu mahupun warga Singapura susulan suaminya Kamal Adli, dipukul seorang lelaki sehingga cedera teruk di kepala selepas mereka menghadiri suatu acara di republik itu.
Dalam video yang dikongsikan itu, Uqasha memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang kekecohan yang boleh membuat pergaduhan antara rakyat Malaysia mahupun Singapura.
Hal yang demikian kerana, beliau khuatir akan keselamatan diri serta ahli keluarganya yang turut menerima ugutan bunuh sehingga terpaksa merahsiakan keberadaan mereka.
“Paling seram dia turut menjerit meninggalkan amaran kepada kami sekeluarga supaya berjaga-jaga dan memberitahu ada individu yang menghantarnya untuk menyerang kami,” ujarnya.
Uqasha juga meluahkan kerisauannya apabila dia dan adik-beradiknya turut menerima ugutan daripada individu itu.
Terkini, Uqasha memaklumkan bahawa individu berkenaan dikatakan dalam keadaan sedar dan siuman ketika kejadian kerana jelasnya, selepas membuat pukulan tepat pada belakang kepala suaminya, Kamal, lelaki berkenaan dikatakan membuka mask dan tersenyum.
Bagaimanapun, pelakon Setelah Terlafaznya Akad itu berkata, individu tersebut sudah ditahan pihak polis Singapura.
Memandangkan keadaan belum reda serta masih dalam siasatan, Uqasha menyeru agar orang ramai tidak membuat sebarang kekacuan yang boleh menyebabkan “pertumpahan darah” di antara satu sama lain.
“Kita tak tahu siapa suka kita…siapa tak suka kita” – jelas Uqasha
Aktres berkenaan yang mengakui masih trauma setelah melihat sendiri dengan mata dan kepada ketika suaminya dipukul oleh seorang lelaki yang tiba-tiba memanggil nama Kamal sebelum memukulnya berkali-kali di bahagian kepala, muka dan badan dengan chota iaitu kapak India dengan pemegang panjang sehingga cedera parah.
Apa yang penting ketika ini adalah keselamatan, oleh yang demikian orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati serta tidak membuat sebarang provokasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan pasangan pelakon bahagia ini.
Murai MY mendoakan agar Kamal segara sembuh serta pasangan ini sentiasa dilindungi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.