Zarina Zainuddin merupakan seorang pelakon dan usahawan, yang kini semakin aktif di media sosial tidak kira sama ada di TikTok, Instagram dan lain-lain.
Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai isu sulam nama pada leher yang terang-terang hukumnya adalah haram dan berdosa, terutamanya bagi orang Islam. Namun masih ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab mempromosikan perkara itu kepada orang ramai.
Perkara sedemikian tidak patut dipromosikan kepada orang ramai, terutamanya anak-anak muda zaman sekarang yang mudah terikut dengan perkara sedemikian.
“Kalau LoveBites Haram Tak?”
Isu sulam nama yang dikongsikan oleh mStar itu mendapat perhatian terutamanya diruangan komen. Perkara tersebut telah menimbulkan banyak persepsi dari netizen yang kurang senang mengenai perkara tersebut.
Selain daripada mengetahui perkara tersebut adalah haram, ada juga indiviryu yang menanyakan soalan mengenai LoveBites.
“Kalau LoveBites haram jugak keee?”-tanya mereka
Zarina Zainuddin tampil di ruangan komen tersebut bagi membalas pertanyaan individu itu. Berkemungkinan sahaja yang menanyakan soalan itu tidak mengetahui hukum tersebut.
“Kalau belum kawin haram lerr ko cium cium anak orang, dah kahwin kau buatlah takde sape nak marah, cuma mata orang tengok tak manis lah”-balas Zarina
Ada juga individu lain yang menjawab pertanyaan itu.
“Gi mengaji masuk kuliah masjid dik, bukan main IG 24 jam”-kata mereka
“Takpe bang tak salah menanya, kaum ig ni mmg tak rilek, tanya pun salah”-tambah mereka
“tak haram kalau dah kahwin, klau belum tu faham-fahamlah”-tulis mereka
Apa-apa pun tidak kiralah berapa usia kita, jangan pernah berhenti untuk mencari ilmu terutamanya yang melibatkan ilmu-ilmu agama. Sama-sama kita perbaiki diri untuk kesenangan masa hadapan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.