Pereka fesyen terkenal, Jimmy Couture tampil memberikan teguran terhadap usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berhubung isu pemakaian ‘baju melayu ketat’ dalam sedutan MV lagu raya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
“Nantikan Lagi Seminggu Lagu Raya No.1 Negara”
Menurut Aliff Syukri, MV penuh lagu rayanya yang berjudul Cak Cun Cak Raya itu bakal dilancarkan di media sosial dalam masa terdekat.
“Nantikan lagi seminggu lagu raya no.1 negara. Cak Cun Raya. Dari penyanyi no.1 Malaysia.”-tulis Aliff
Jimmy Couture Beri Teguran!
Hantaran Aliff di Instagram turut mendapat teguran oleh perekan fesyen terkenal, Jimmy Couture yang menyifatkan pemakaian Aliff dan penari latar akan menjadi bahan jenaka masyarakat dari negara luar yang menonton MV berkenaan.
“Maaf ya. Siapa lagi yang nak pertahankan budaya kita kalau kita sendiri menjadi perosak budaya?. I tak nak cakap ni baju kebangsaan sebab takde point pun. Memang takde rupa baju melayu.
Tapi bila dipakai dengan songkok dan samping maknanya? Nanti orang luar negara tengok, dia akan gelakkan negara kita sebab macam ni laa.
Tahun lalu, Aliff Syukri mendapat kecaman netizen selepas memuatnaik video pendek lagu raya nyanyiannya yang berjudul Kelepok Raya di Youtube. Ramai yang menegur pemakaian penari yang dikatakan agak keterlaluan dan tidak bersesuaian dengan imej mereka yang mengenakan songkok dalam video tersebut.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.