Pengendali platform insurans haiwan peliharaan digital Malaysia, Oyen Sdn Bhd telah menyediakan perlindungan insurans bernilai RM100 juta untuk haiwan peliharaan setakat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Kevin Hoong berkata syarikat itu telah berkembang pesat dari segi penyediaan perlindungan insurans haiwan peliharaan melalui perkongsiannya dengan MSIG Insurance (Malaysia) Bhd sejak 2021.
“Setiap bulan sejak penubuhan, kami melihat hasil meningkat sebanyak 10 peratus (dan ini) bermakna semakin ramai pemilik haiwan peliharaan mempercayai kami untuk mendapatkan penjagaan terbaik untuk haiwan kesayangan mereka melalui perlindungan insurans yang disediakan,” katanya semasa pelancaran wajah baharu jenama Oyen di sini hari ini.
Hoong berkata pendekatan mudah didekati, keramahan dan penjagaan akan terus menjadi prinsip teras syarikat kerana ia memperkenalkan produk insurans holistik melangkaui insurans haiwan peliharaan kepada khalayak yang lebih besar.
Beliau berkata syarikat itu dikenali dalam kalangan pemilik haiwan peliharaan untuk perlindungan bil perubatan veterinar (haiwan) sehingga RM8,000 setahun serta proses tuntutan bayaran yang mudah dan bebas kerumitan.
“Kami mengasaskan Oyen semasa musim pandemik apabila kami mendapati pemilik haiwan peliharaan menghadapi cabaran untuk membayar bil perubatan haiwan mereka.

“Pelanggan tidak perlu mengunjungi klinik doktor haiwan panel kerana perlindungan insurans Oyen boleh digunakan di setiap klinik doktor haiwan di Malaysia, sekali gus memudahkan pelanggan menuntut semula bil mereka secara mudah melalui platform dalam talian Oyen,” katanya.
Sebelum ini, Hoong berkata Oyen telah menjana lebih RM1.7 juta melalui pembiayaan dana bersama pelabur terkenal seperti Hustle Fund.
Beliau berkata syarikat itu mengunjur untuk mendapatkan 50,000 haiwan peliharaan dilindungi di Malaysia dan 100,000 di Asia Tenggara menjelang 2025.
Untuk maklumat lanjut, layari Oyen® di www.oyen.my
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.