Tanyalah pada mana-mana wanita, kalau boleh setiap seorang daripada mereka mesti mahukan rambut yang cantik, sihat dan bebas daripada sebarang masalah.
Tak kiralah kelemumur ke, rambut gugur, berkutu, uban, rosak, kering dan sebagainya… Tak ada siapa mahukan rambut mereka jadi begitu.
Selain daripada tukar dan mencuba pelbagai jenis syampu, atau mencuba beberapa petua orang dulu-dulu untuk hilangkan masalah rambut… Miss Murai ada satu tip yang mungkin berkesan kalau kamu nak cuba. Tipnya adalah gunakan air garam!
Nak tahu bagaimana caranya nak gunanya, scroll baca di bawah.
Cara-caranya…
- Selepas selesai syampu dan bilas rambut, letakkan garam dalam bekas (atau besen) yang ada air. Kuantitinya agak-agak bersesuaian dengan ketebalan dan kepanjangan rambut kamu.
- Kacau bagi rata dan rendamkan rambut dalam bekas yang diisi garam dan air tadi.
- Urut kulit kepala dengan lembut dan perlahan-lahan sehingga yakin air garam meresap dalam kulit kepala.
- Tunggu seketika dan bilas rambut dengan bersih.
Psst… Untuk nampak hasilnya yang lebih berkesan, buat sekurang-kurangnya sebanyak dua kali seminggu.
Air garam ini ada banyak kebaikannya pada rambut. Salah satunya ia boleh mengurangkan pembentukkan kelemumur iaitu bakteria di kepala. Malah air garam ini juga boleh mengurangkan kulit kepala berminyak dan membuatkan rambut jadi lebih segar serta berkilat.
Bukan itu sahaja, air garam juga boleh kecilkan liang-liang kulit kepa dan menghalang berlakunya keguguran rambut. Jadi kalau rasa ada masalah rambut, tak kiralah apa jenis masalah, cuba guna air garam okay?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.