Kareena Kapoor terkenal dengan gayanya yang anggun, elegan dan dia sentiasa berubah gaya bergantung kepada majlis yang dihadiri olehnya. Kelihatan cantik sesuai dengan titlenya sebagai selebriti Bollywood yang terkenal. Manakala suaminya pula iaitu Saif Ali Khan mempunyai gaya lebih kepada kasual kerana baginya senang dan selesa untuk lelaki.
Baru-baru ini, menerusi article dari The Indian EXPRESS, menuliskan mengenai Kareena Kapoor mendedahkan bahawa Saif Ali tidak mengambil berat tentang gayanya dan telah memakai seluar trek yang sama selama lima tahun. Dalam temubual bersama Pinvilla, Kareena sempat memberitahu bahawa;
“Saif memang jenis begitu, dia telah memakai seluar trek sejak lima tahun yang lalu. Dia tidak akan membeli yang baru sehingga saya memberitahunya.”-kata Kareena
“Saif telah memakai t-shirt ini yang mempunyai lima lubang di dalamnya, dia memang seperti itu, tidak mengapa”-tambah Kareena
Menurut Kareena lagi, walaupun gaya Saif yang sebegitu namun Kareena masih mendapati bahawa Saif adalah lelaki paling bergaya yang dia pernah ada. Dalam temubual dengan penerbitan itu, Kareena juga memberitahu tiada siapa yang dapat mengayakan Saif kerana dia memang begitu, malah dia akan pakai bertentangan dengan apa yang disediakan oleh stylist kepadanya.
Tambah Kareena lagi, Saif sememangnya mempunyai citarasa yang tersendiri seperti pakaian atau reka bentuk dalaman serta makanan, buku, tempat tinggal dan lain-lain yang menyebabkan tiada siapa dapat mengubah gaya Saif itu.
Apa kata anda? adakah citarasa anda sama seperti Saif?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.