Muhd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep, merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio yang berjaya di Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai pelawak apabila Jep menyertai Raja Lawak musin ke-3 bersama Shuib dibawah satu kumpulan yang diberi nama Sepahtu, maka dia dikenali sebagai Jep Sepahtu.
Jep juga telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon wanita Malaysia iaitu Sari Yanti pada 2017 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Air Mata Berserta Doa Ibu-Bapa Buat Jep
Terdahulu, Jep menceritakan kisah hidupnya yang susah semasa ditemubual oleh Dj Nazz.(tonton di sini) Menurut Jep, dengan apa yang dia ada pada hari ini adalah ketetapan dari Allah berserta dengan doa dari kedua Ibu-bapa nya.
Tambahnya lagi, dia yakin ada air mata ibu dan bapanya sorokkan, ketika mendoakan mengenai memudahkan urusan Jep sehingga berjaya ke hari ini, dan perkara itu membuatkan Jep berasa terharu. Jep juga sering meletakkan kedua ibu-bapa nya ditangga teratas dalam kehidupannya.
Di tanya lagi oleh Dj Nazz, mengenai Jep sering mengungkapkan rezeki yang dia ada pada harini untuk membantu keluarganya, dan dia meminta Jep untuk berkongsikan apa yang Jep beri pada kedua ibu-bapa nya itu.
“Saya tetap berpegang kepada tangan kanan memberi, tangan kiri tak nampak”-kata Jep
“Biarlah kebaikan itu, biar orang rasa, jangan orang sebut”-tambah Jep
Kata-kata Jep itu adalah kata-kata yang dia pegang dari dulu sehingga ke hari ini.
Namun begitu, Jep tetap tidak mahu memberitahu apa yang telah dia berikan kepada kedua ibu dan bapanya itu. Biarlah itu menjadi rahsia buatnya kerana khuatir akan menimbulkan perasaan riak pada diri.
Kata Jep lagi, kini dia lega kerana dapat senangkan keluarganya, dapat memberikan kehidupan yang selesa kepada mereka. Jep juga berasa puas kerana ibu-bapa nya tidak perlu bersusah-payah dan berpenat-lelah lagi untuk memikirkan soal rezeki kerana kini Jep mampu menyara mereka.
Apa-apa pun MURAI MY ingin memberitahu, kita sebagai anak wajib membahagiakan kedua orang tua kita dengan apa cara sekali pun, sama ada mereka masih hidup ataupun telah tiada. Itu adalah tanggungjawab kita sebagai seorang anak walaupun anda sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.