Mohd Razizan Abdul Razak atau lebih dikenali lagi sebagai Zizan Razak merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Sebut saja nama Zizan pasti ramai yang mengenali beliau, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.
Populariti Zizan meningkat selepas beliau memasuki pertandingan Rajalawak dahulu. Kemudian beliau terlibat dengan pengacaraan dan seterusnya melebarkan sayapnya di dalam Filem tempatan.
Raja Lawak Buka Peluang Buat Zizan
Baru-baru ini, di studio sembang menjemput Zizan Razak sebagai tetamu undangan, (tonton di sini) pada episode kali ini, Zizan ceritakan tentang kehidupan awalnya sebelum bergelar selebriti. Menurut Zizan, dahulunya di Terengganu ibunya tidak menyarankan Zizan untuk kerap keluar atau lepak bersama kawan-kawan, disebabkan itu Zizan tidak mempunyai ramai kawan.
Namun apa yang dilakukannya ketika di rumah, adalah bercakap dengan diri sendiri serta membuat lawak, itu adalah cara Zizan melatih untuk mendapat bahan jenaka. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Zizan sambung belajar dalam bidang kulinari di Kuantan, menurut Zizan zaman itu chef yang terkenal adalah Chef Wan dan itu merupakan idolanya dalam bidang masakan.
Selepas tamat belajar Zizan bekerja sebagai pembantu Chef di sebuah hotel di Terengganu dan itu membuatkannya bosan. Kemudian dia pergi pula ke ujibakat nyanyian iaitu Akademi Fantasia, berjaya sehingga ujibakat terakhir namun sepulangnya dirumah untuk menunggu panggilan berjaya atau tidak Malangnya Zizan tidak terpilih, akan tetapi penerbit menyimpan biodatanya dan memanggilnya untuk pergi ke ujibakat program baru iaitu RajaLawak, maka di situlah bermulanya kerjaya Zizan.
Info tambahan, Zizan tidak mahu pergi ke ujibakat RajaLawak kerana ketika itu dia sudah sambung belajar di Pewaja Institute of Technology di Terengganu, namun akibat dia putus cinta bersama kekasihnya yang membuatkan Zizan pergi ke ujibakat tersebut.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.