Sebelum ini Aishwarya Rai dan anak perempuannya, Aaradhya Bachchan menghadiri acara berprestij untuk menandakan pembukaan Pusat Kebudayaan Nita Mukesh Ambani (NMACC).
Hadir Bersama Anak
Ketika itu dia hanya hadir berdua dengan anak perempuannya tanpa ditemani suaminya, Abhishek Bachchan.
Semasa menghadiri majlis NMACC, timbul khabar angin rumah tangga Aishwarya Rai mengalami keretakan.
Tanpa Suami Menemani
Isu itu tersebar selepas netizen menyedari Abhishek Bachchan sekali lagi tidak menemani isteri dan anaknya di sebuah majlis besar.
Abhishek sendiri telah dilihat tidak hadir berkali-kali dan tidak pernah bersama Aishwarya Rai dan Aaradhya.
Menyangkal Khabar Angin
Bukan sahaja netizen, media India juga banyak melaporkan isu dan spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka.
Bagaimanapun, reaksi terbaru Abhishek Bachchan terhadap isteri dan anak-anaknya seolah-olah menyangkal khabar angin yang mengatakan rumah tangga mereka sedang berantakan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.