Shamira Muhammad berusia 38 Tahun atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, penyampai radio dan juga seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.
Amboi Sampin Atas Lutut Ada Makna
Baru-baru ini, di laman tiktok milik Shuib, beliau memuat naik satu video yang meraih perhatian dari netizen yang menonton. Video tersebut mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta, 88 ribu tanda suka dan 7 ribu komen.
Di dalam video tersebut, di dapati Shuib memakai pakaian lengkap baju melayu, bersongkok dan bersampin, namun sampin yang dipakainya terlalu singkat membuatkan ramai terhibur.
“Tak tau ni sampin ke pampers”-tulis Shuib
@shuibsepahtu Tak tau ni Sampin ke Pampers #BetoKhusyaib
Ada juga yang memberitahu bahawa memakai sampin yang singkat atas dari lutut mempunyai makna tersirat.
“Sampin atas paras lutut ada maksud dia”-tulis mereka
“Betul, sampin atas lutut masih bujang, jika bawah sampin bawah lutut sudah berkahwin”-tambah mereka
Rata-rata netizen meninggalkan komen yang lucu pada video tersebut.
“Kalau labuh baru sampin, ni lampin”-tulis mereka
“Aku baca komen atas, labuh baru sampin, ni lampin, pastu ada org balas, kalau panjang jadi sampan.”-tambah mereka
“Orang kata kalau sampin lebih dari lutut maksudnya bujang, kalau atas lutut dah kawin, tapi kalau sampin paras peha ni taktau apa maksud”-tanya mereka
“Kalau paras peha duda sis, haha”-jawab mereka
Apa-apa pun, jangan dipakai sampin sebegini di pagi raya nanti jadi perhatian ramai pula.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.