Baru-baru ini, Kajol menceritakan kisah cintanya dengan suaminya itu iaitu Ajay Devgn, Dia juga berkongsikan rahsia disebalik keharmonian perkahwinan mereka itu.
Sama-Sama Bercinta Selepas Putus
Dipetik dari laporan The Indian EXPRESS, Kajol mengikat tali pertunangan dengan Ajay Devgn ketika dia berada di puncak kerjayanya dan kedua-duanya telah berkahwin selama lebih 24 tahun. Dalam temubual baru-baru ini, Kajol membuka mengenai bagaimana kisah cintanya dengan Ajay bermula ketika mereka bercinta dengan orang lain ketika pertama kali bertemu.
Pelakon Baaziqar itu juga memberitahu tentang rahsia yang menjadikan perkahwinan mereka berjaya hingga ke hari ini.
“Seseorang itu perlu mencipta semula diri mereka sendiri dan mengubah perspektif mereka seiringan dengan perkembangan zaman”-kata Kajol
Kajol teringat masa pertama kali mereka bertemu di set penggambaran filem.
Saya sedang bercinta dengan seseorang kemudian saya dan Ajay membuat filem bersama sama dan kami menjadi kawan.”-kata Kajol
“Kemudia saya baru putus cinta kemudian Ajay juga sama baru putus cinta dan seterusnya kami berdua jadi lebih dari sebagai seorang kawan”-tambah Kajol
Tambah Kajol lagi, untuk membuat sesuatu perkahwinan itu berjaya, seseorang itu perlulah mengusahakannya setiap hari dan itulah yang terus dilakukan. Ia ada kaitan dengan keinginan untuk mengukuhkan rumah tangga setiap hari dan itu merupakan kerja yang perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri sehingga rumah tangga mereka semakin kukuh da itu adalah tanggungjawab yang besar.
Apa kata anda? kongsikan tips di ruangan komen bagaimana anda mengekalkan rumah tangga yang dibina bersama pasangan anda.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.