Setelah popular dengan lagu ‘cover’ Tiara dan Suatu Masa, kini penyanyi yang dikatakan mirip suara seniman agung kita, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu P.RADHI muncul dengan lagu hari raya berjudul SALAM HARI RAYA.
Hampir Sama Denga P.Ramlee
Lagu ciptaan oleh komposer dan pemuzik AR Wanz dan lirik ditulis oleh Keon, menampakkan P.RADHI semakin menghampiri kesamaan dengung suaranya dengan seniman agung tanahair ini.
P.RADHI yang merupakan penyanyi eksklusif di bawah syarikat rakaman Luncai Emas amat teruja mendapat lagu hari raya. Sesuatu yang amat ditunggu olehnya kerana sebelum ini beliau menyanyikan lagu-lagu ‘cover’ sahaja.
Hasil Dari Mimpi
Sementara itu, komposer AR Wanz atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Taib, idea lagu ini terhasil dari mimpi beliau kepada seniman agung P.Ramlee yang sedang mengalunkan sebuah irama sambil memetik gitar.
Namun apabila AR Wanz tersedar, beliau tidak berapa dapat mengingatkan secara keseluruhan melodi di dalam mimpinya. Cuma beliau dipandu oleh sedikit saki baki ingatan dan terus melengkapkan melodi tersebut.
Lagu SALAM HARI RAYA sudah boleh distrim mulai 14 April ini di semua peranti seperti Apple Music, Joox, Spotify dan Itunes Store manakala sebuah video juga akan dilancarkan juga pada 14 April ini di youtube Luncai Emas.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.