Pelakon, Yana Samsudin tampil mendedahkan kisah sebenar berhubung isu pasu pecah yang turut melibatkan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri serta suaminya Fadzil Zahari.
Dalam video yang telah tular semalam, Yana dikatakan terpecahkan pasu hiasan yang bernilai ratusan ribu ringgit milik Aliff Syukri dalam satu rakaman program raya.
Bukan Berlakon & Tangan Benar-Benar Berdarah
Menurut Yana yang mendedahkan situasi sebenar, menyatakan bahawa dia bukan sedang berlakon dan tangannya benar-benar berada dalam keadaan berdarah dan terluka disebabkan insiden berkenaan.
“Saya bukan berlakon dan tangan saya terluka serta berdarah. Tangan saya betul-betul berdarah dan saya sendiri tak pasti macam mana ia berlaku. Sebab saya pasti saya tak pegang pasu tu.”-jelas Yana
“Bukan Saya Yang Jatuhkan Pasu Tu”
Menegaskan bahawa pasu yang terhempas itu bukan berpunca darinya, Yana berpendapat bahawa jika terdapat dakwaan dirinya terlibat dalam konten atau mengenakan dia semata-mata, ia adalah di luar pengetahuan pelakon drama Siti Kelembai itu.
“Korang boleh nilai sendiri, dalam video ini. Bukan saya yang jatuhkan pasu tu. Seandainya apa dakwaan saya terlibat dalam konten atau nak kenakan saya untuk content semata-mata. Perkara ini adalah di luar pengetahuan/ tanggungjawab saya.
Dari sudut mana saya pecahkan pasu itu, korang boleh nilaikan. Pasu tu bukan di tangan saya, tiba-tiba terhempas dan jatuh pecah. Nilailah sendiri, dakwaan dilemparkan kepada saya.-jelas Yana Samsusdin
Dalam pada itu, usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bakal memberikan kenyataan penuh di media sosialnya pada petang ini berhubung insiden pasu pecah yang berlaku dalam kediamannya itu.
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.