Sindrom merupakan satu tanda dan gejala perubatan yang berkaitan dengan satu sama lain dengan penyakit atau gangguan tertentu. Sindrom mempunyai pelbagai kumpulan, satunya adalah sindrom yang diwarisi seperti sindrom Down, sindrom Wolf-Hirschhorn, dan sindrom Anderson.
Dalam hal seperti ini, sindrom tidak khusus untuk hanya satu penyakit sebagai contoh sindrom kejutan toksik disebabkan oleh pelbagai toksin, sindrom perdana akibat daripada luka otak, sindrom pramenstruasi bukan penyakit tetapi disebabkan gejala.
Orang Asia Ramai Terkena Sindrom Paris Ini
Kota Paris sering dipaparkan di dalam media sosial sebagai kota yang paling romantis serta cantik dan indah sesuai untuk pasangan berbulan madu. Namun, apa yang digambarkan di dalam media sosial tidaklah semuanya benar ada juga perkara yang tidak benar mengenai kota Paris itu.
Tempat Kotor, Orangnya Kasar & Tidak Beradab
Terdahulu, beberapa pelancung dari Jepun tiba di Paris dan mereka mengalami kejutan budaya kerana tahap kotor dijalanan Perancis itu hingga menyebabkan trauma pada mental atau Post Stress Traumatic Disorder (PTSD).
Di sungai Saine, Perancis juga terdapat tempat kencing terbuka yang disediakan untuk pemabuk jalanan agar tidak kencing merata namun bau ditempat tersebut tidaklah nyaman. Tahap kekotoran Paris juga, telah menyebabkan beberapa pelancong Jepun yang trauma membuat panggilan pada kedutaan Jepun di Perancis namun tperkara itu tidak diendahkan oleh mereka.
Kejutan budaya seperti menerima layanan buruk ketika membeli belah atau memesan makanan serta tahap kekasaran orang perancis kepada pelancong Asia telah meningkatkan kesan tekanan perasaan. Negara yang dianggap romantis itu indah rupa dari khabar.
Info tambahan, Sindrom Paris adalah sindrom yang cenderung pada orang Asia disebabkan duit yang dibelanjakan untuk percutian di kota romantis itu, berakhir dengan kehampaan yang melampau dan lari dari sangkaan sebenar terhadap kota Paris itu.
Jadi apa pendapat anda? pernah kah anda mengalami sindrom begini?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.