Tampil sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, tular video di laman TikTok memaparkan isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar yang membuat penampilan selepas hangat meraih keceman netizen kini hadir berkunjung ke rumah saudaranya menyambut hari raya.
Menerusi video itu, Ira dilihat memakai busana kebaya floral serta bertudung biru dilihat menunggu giliran untuk bersama dengan ahli keluarga.
Apa yang menjadi perhatian, seorang lelaki dipercayai bapa saudaranya memanggil Ira serta berpesan kepada isteri Syamsul itu tidak buat hal sekaligus membuatkan saudara mara lain ketawa.
“Awak jangan buat hal,” katanya ringkas.
Bagaimanapun Ira dilihat hanya mendiamkan diri dan wajahnya kelihatan berubah selepas menerima teguran tersebut.
Kelibat Syamsul Yusof bagaimanapun tidak kelihatan dalam video berkenaan.
Di ruangan komen ramai berpendapat sindiran saudara mara lebih pedih berbanding kecaman netizen.
Malah mereka juga meminta agar Ira tidak keluar beraya selepas didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah yang sedang bergolak ketika ini.
“Saudara mara sendiri sindir macam itu, kebas muka mat.
“Kalau aku jadi dia , aku tak keluar beraya. Kena sindir dengan saudara lagi terasa pedihnya.
“Depan-depan pun muka dah kelat nak senyum, dalam hati mesti dia bengang,” antara komen netizen.
Sebelum ini, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar dilihat tenang berkongsi perkembangan dirinya di laman sosial walaupun namanya panas melibatkan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah.
Walaupun Ira tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan, netizen tetap tidak berpuas hati dan menganggap dia sebagai perosak rumah tangga.
Di ruangan komen pelbagai kata-kata hinaan dilemparkan kepada Ira termasuk yang membuat permohonan untuk menjadi madunya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.