Pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa syukur dapat menyambut hari Raya bersama anak lelakinya, Muhammad walaupun tanpa kehadiran isteri, Diana Danielle dan anak perempuan, Nur Aurora.
Bukan itu sahaja, Farid turut berkongsi foto memaparkan momen-momen kemeriahan sambutan hari raya bersama keluarga.
Sebelum ini, melalui hantaran Instagram Story IGs), Farid atau nama penuh, Farid Kamil Zahari dilihat berkongsi foto menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Muhammad dengan mengenakan baju Melayu lengkap berwarna putih.
Malah, Farid dan Muhammad sempat bergambar bersama jemaah masjid yang lain.
Bagaimanapun, kelibat isteri, Diana Danielle, 32, dan anak perempuannya, Aurora, 8, tidak kelihatan dalam hantaran IG pelakon itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat telah meluahkan rasa hiba melihat Farid yang hanya dapat membawa seorang sahaja anaknya pulang ke kampung untuk menyambut perayaan.Sementara itu, isterinya, Diana telah menyambut Aidilfitri bersama anak perempuan mereka, Nur Aurora.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson dilihat memeluk erat anak perempuannya.
Bagaimanapun, pelakon Imaginur itu telah menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.
Farid yang kini berdepan kemelut rumah tangga bersama Diana apabila aktres itu memfailkan perceraian pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Pasangan terbabit dinasihatkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam untuk berdamai ketika sebutan permohonan cerai yang difailkan Diana.
Farid dan Diana bakal menghadiri prosiding sulh kedua pada 25 Mei depan berikutan Diana tidak dapat hadir pada prosiding 11 April lalu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.