Cuaca yang tak menentu, siang panas, malam pula hujan lebat, menyebabkan kulit kita memerlukan penjagaan tambahan.
Disebabkan itu penting untuk kamu melakukan rutin penjagaan wajah yang betul. Salah satu yang penting adalah SPF.
Krim pelindung matahari tinted terlaris Supergoop ‘Glowscreen SPF 40’ mengalu-alukan warna baru ‘Dawn’.
Supergoop! Glowscreen SPF 40 memberikan kamu pink pearl glow apabila digunakan, menghidratkan kulit dan sebagai primer untuk solekan. Selepas aplikasi, formula multitasking ini memberikan kamu keserian segera, menyerikan kulit tanpa meninggalkan kilauan.
Seperti semua produk Supergoop, kamu akan mendapat perlindungan yang diperlukan tanpa merosakkan kulit. Dengan SPF 40 dan perlindungan spektrum luas daripada sinaran UV dan sinaran inframerah, Glowscreen memastikan kamu selamat daripada matahari sambil membantu menapis cahaya biru daripada teknologi!
Sesuai untuk jenis kulit normal hingga kering atau sesiapa sahaja, Glowscreen juga memberikan manfaat menyihatkan kulit seperti Asid Hyaluronic dan Vitamin B5 untuk kelembutan dan anjal.
Niacinamide membantu mengurangkan penampilan liang dan warna kulit, manakala Sea Lavender memberikan perlindungan antioksidan yang kuat dan menyokong penghidratan yang berpanjangan. Glowscreen juga dirumus dengan Cocoa Peptides yang membantu menapis cahaya biru.
Ingat jangan sesekali meninggalkan rutin SPF.!
Supergoop! boleh didapati di semua stor Sephora dan sephora.my.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.