Anak perempuan kepada pasangan pelakon dan penyanyi antarabangsa iaitu Priyanka Chopra dan Nick Jonas’, Malti Marie Jonas yang telah dilahirkan pada trimester, awal dari tarikh sepatutnya. Oleh kerana itu, Malti terpaksa berada di Hospital selama 100 hari dan perkara itu sangat membimbangkan Priyanka dan Nick kerana mereka hampir kehilangan anak perempuannya itu.
Priyanka Tidak Akan Mampu Untuk Memarahi Anaknya Lagi
Menurut laporan dari TheIndianEXPRESS, Priyanka dan Nick telah melalui fasa yang paling getir dalam kehidupan mereka apabila anaknya, Malti terpaksa menghabiskan masa selama 100 hari di Neonatal Intensive Care Unit (NICU) selepas kelahirannya.
“Saya berfikir saya tidak akan mampu memarahinya nanti kerana saya telah mengalami perasaan getir untuk kehilangan Malti banyak kali”-kata Priyanka
Priyanka juga mendedahkan bahawa, dia akan bangun berkali-kali setiap minit untuk memeriksa keadaan anak perempuannya itu selepas membawa pulang Malti dari Hospital Ke rumah mereka. Priyanka dan Nick, mengumumkan kelahiran anak perempuannya itu selepas dibenarkan keluar dari Hospital.
Walaubagaimanapun, Priyanka memberitahu kini Malti semakin sihat dan sering memberikan senyuman kepadanya. Menjadi bayi yang gembira dengan melihat telatahnya yang melucukan adalah pencapaian terbaik buat Priyanka dan Nick.
Tambahnya lagi, semasa mereka berada di dalam keadaan di mana Malti akan dilahirkan, Priyanka dan Nick menjadi keliru harus berbuat apa. Lalu Nick terus menyuruhnya memasuki kereta dan memberitahu kepada pihak media serta terus ke Hospital.
Apa-apa pun, setiap pasangan pasti tidak akan lupa detik bersejarah apabila kelahiran anak pertama mereka
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.