Capital A Berhad, syarikat induk bagi syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia iaitu AirAsia, hari ini mengumumkan sebuah entiti baharu.
Memperkenalkan Entiti Baharu
Entiti baharu yang dikatakan adalah “airasia brand co.” (abc.), yang bertujuan untuk memacu jangkauan serta impak jenama airasia di seluruh dunia.
abc. yang bakal diketuai Rudy Khaw sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, sebagai Pengerusi, akan mengambil alih pemilikan semua portfolio Harta Inteleknya (IP), termasuk jenama dan tanda dagangan seluruh Kumpulan Capital A.
Membawa Jenama Ke Seluruh Dunia
Bagi membawa jenama airasia ke tahap yang lebih tinggi, abc. akan menumpukan perkhidmatannya kepada bidang utama iaitu pembangunan, termasuk pelesenan jenama strategik, kerjasama jenama dan peluang dagangan dalam sektor berkaitan perjalanan dan gaya hidup.
Bukan itu sahaja, pelancaran ini membolehkan jenama itu meningkatkan pendedahan, menjangkau khalayak yang lebih luas dan menambah nilai yang sangat besar kepada ekosistem airasia.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.