“Gugup tetapi sangat teruja kerana akhirnya tiba ke hari yang sangat bertuah ini. Sesungguhnya perkenan Kebawah Duli-Duli Tuanku sekeluarga untuk mencemar duli berangkat kemari disambut Patik sekeluarga dengan hati yang amat penuh girang & gembira. Junjung kasih diatas perkenan Tuanku & junjung kurnia diatas kurniaan-kurniaan Tuanku sekeluarga”
Demikian reaksi selebriti chef Zamzani Abdul Wahab yang lebih dikenali sebagai Chef Zam, yang terharu selepas menerima kunjungan daripada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah bersama keluarga beraya di kediamannya di Shah Alam, Selangor.
“Truly humbled & honored dapat menyambut keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Al-Sultan Mizan Zainal Abidin, KDYMM Sultanah Nur Zahirah, KDYTM Yang DiPertuan Muda Terengganu, YAM Tengku Puteri Utama Raja, YBhg. Datuk Wira Sheikh Abd. Halim & Waleed yang dikasihi untuk bersama beraya di teratak Patik”- tulisnya di Instagram
Dalam video yang di muatnaik, Chef Zam dilihat menanti ketibaan Tuanku sekeluarga di perkarangan rumah kemudian membawa masuk ke kediamannya.
Apa yang menarik perhatian kami di MURAI MY, Tuanku dan sekeluarga sangat merendah diri, lagi-lagi baginda menjamu selera untuk santapan raya secara ‘layan diri’ tanpa banyak protokol seperti yang kita selalu lihat di kalangan kerabat diraja.
Foto VIA IG Chef Zam
Bukan biasa-biasa ya! Chef Zam juga dilihat menyediakan santapan yang begitu ‘meriah’ dengan aneka pelbagai juadah raya. Menurut Chef Zam, walaupun dia sudah berpengalaman yang luas bergelar tukang masak professional, namun menyediakan santapan buat kerabat diraja tetap menyukarkan.
“Walaupun sebagai tukang masak profesional yang terlatih dengan pengalaman sekian lama, membuat persediaan untuk tetamu kanan Diraja VVIP masih menyukarkan. Pendekatan saya adalah untuk tenang, dan yang paling penting, seseorang perlu mempunyai kawalan penuh terhadap setiap situasi dalam pelbagai kemungkinan. Pengalaman & ketenangan adalah kunci utama”- katanya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum setelah melihat video-video yang dimuatnaik oleh Chef Zam saat Tuanku beraya di rumahnya. Ada yang pertama kali melihat Tuanku tersenyum lebar kerana Baginda sering dilihat begitu serius ketika berada di majlis rasmi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.