Semalam (8 Mei 2023) berlagsungnya tayangan perdana filem yang di nanti-nantikan, ANWAR THE UNTOLD STORY di DADI CINEMA, Pavillion KL.
Sudah semestinya ramai yang mahu menyaksikan pelakon Farid Kamil membawa watak Anwar Ibrahim dalam filem biopik ini . Lagi-lagi Farid bergandingan dengan pelakon dari Indonesia, Acha Septriasa yang membawa watak sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah.
Dalam sidang media yang berlangsung, Farid berkongsi perasaannya selepas filem ini akhirnya berjaya ditayangkan kepada umum. Katanya dia merasa lega kerana sebelum ini dia pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan Malaysia, jika Anwar tidak mentadbir negara selepas PRU15.
Tonton video di bawah:
Untuk info, filem ini akan ditayangkan di semua pawagam utama mulai 18 Mei. Filem Anwar: The Untold Story terbitan Yusrych Global Sdn Bhd dan DMY Creation selaku pengedar rasmi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.