Kelab Elit 33 yang diasaskan oleh Walt Disney di Disneyland New Orleans pada 15 Jun tahun 1967. Ianya khas untuk pelanggan yang ‘Ultra-Kaya’ bagi merasai restoran mewah yang amat sukar untuk dimasuki.
Ahlinya Terdiri Dari Orang Kenamaan Serta Bintang Hollywood
Kelab ini tersembunyi dari pandangan khalayak pengunjung ramai di Disneyland. Kos pendaftaran untuk kelab elit tersebut adalah diantara $33k USD hingga $70k USD, serta bayaran ahli tahunan sebanyak $15k USD ke $20k USD dan mempunyai tempoh menunggu pendaftaran ahli sehingga 10 tahun.
Ada juga yang dikhabarkan menunggu pendaftaran keahlian kelab tersebut selama 14 tahun. Untuk memasuki serta merasai pengalaman di dalam restoran tersebut, anda haruslah mempunyai keahlian.
Atau anda haruslah kenal dengan mana-mana ahli kelab tersebut untuk memudahkan anda memasuki restoran tersebut dengan cepat. Selain itu, Selebriti terkemuka yang diketahui mendaftar kelab berkenaan, antaranya Katy Perry, Christina Alguilera dan ramai lagi.
Hanya 500 Orang Sahaja Ahli Kelab Ini
Keahlian kelab ini hanyalah mempunyai 500 orang sahaja, ia adalah untuk mengekalkan tahap ‘rare’ dan eksklusif kelab tersebut. Jemputan kelab 33 tersebut hanya diatas undangan pihak Disney sahaja.
Pertanyaan yang sering diajukan, bolehkah orang biasa makan di situ? jawapannya tidak. Untuk masuk anda mestilah menjadi ahli atau keluarga dan kawan yang mempunyai keahlian untuk mendapatkan akses kelab berkenaan.
Dikatakan di dalam kelab berkenaan mempunyai banyak ruang dan bukan hanya sekadar restoran semata-mata. Serta makanan di situ juga tidak dijual pada kawasan Disneyland.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.