Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

“Macam Vampire, Tak Pernah Tua”- Datin Sofia Jane Maintain Cantik Dengan Amalkan…

by Soph Azz
May 25, 2023
Foto - Facebook

Foto - Facebook

Share on Facebook

Sebut sahaja nama “Datin Sofia Jane”, pasti ramai yang dapat bayangkan wajah pelakon dan model berdarah kacukan ini. Sangat cantik, anggun dan langsung tak nampak tua walaupun usianya sudah separuh abad. Macam vampire!

Dipetik daripada Kosmo!, Datin Sofia mendedahkan dia sering menerima pertanyaan tentang rahsia kecantikan dan kesihatannya. Kalau kamu nak tahu, ini jawapannya…

Foto – @MemHanyut (Twitter)

Sejak tujuh tahun yang lalu, Datin Sofia mengambil langkah untuk menukar cara pemakanannya dan gaya hidupnya. Antaranya dia mula mengambil makanan yang berasaskan sayur-sayuran sahaja.

“Saya pengamal sayur-sayuran. Saya sudah menjadi ‘vegetarian’ sejak tujuh tahun lalu. Selain itu, saya hanya amalkan perkara asas yang dilakukan seperti orang lain iaitu bersenam dan minum air putih dengan banyak.”

Foto – @MemHanyut (Twitter)

Manakala untuk jalani kehidupan yang sihat pula, ibu kepada empat cahaya mata ini turut amalkan senaman secara berkala. Tujuannya adalah untuk memastikan badannya sentiasa berasa aktif. Kemudian Datin Sofia akan pastikan dirinya mengambil air dalam kuantiti yang cukup setiap hari.

Bukan itu sahaja Datin Sofia turut menambah yang dia akan pastikan dirinya sentiasa senyum terutamanya pada orang sekelilingnya setiap hari. Barulah wajah akan sentiasa nampak muda dan ceria!

Seakan menolak dakwaan dirinya langsung tidak alami sebaang penuaan, Datin Sofia mendedahkan wajahnya sudah mempunyai garis-garis halus.

Apa-apa pun, Datin Sofia Jane tetap cantik di mata Miss Murai! Yang mana nak maintain cantik dan awet muda sepertinya, bolehlah cuba apa yang diamalkannya.

Topik Berkaitan Makin Glowing? Intai Tip Kecantikan YM Che Puan Sarimah Ibrahim

Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datin sofia janesofia janetips cantiktips cantik datin sofia jane
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Ketiak
Kecantikan

Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

by Nurul A.
October 21, 2026

Memiliki ketiak gelap bukanlah satu masalah kesihatan yang serius, tetapi boleh menggangu penampilan mereka yang gemar mengenakan baju tanpa lengan...

Read moreDetails
Foto - @hina96_ (IG)
Kecantikan

Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

by Nurul A.
October 25, 2026

Pernah tak kamu alami situasi di mana bila pegang rambut dan sikat menggunakan jari, banyak pula rambut gugur. Tambah pula...

Read moreDetails
YM Che Puan Sarimah
Kecantikan

Makin Glowing? Intai Tip Kecantikan YM Che Puan Sarimah Ibrahim

by Nurul A.
October 31, 2026

Selebriti kacukan Irish-Melayu, Yang Mulia (YM) Che Puan Sarimah Ibrahim sememangnya seorang wanita yang sangat cantik. Memiliki kulit putih kemerahan...

Read moreDetails
Foto - The Ordinary
Kecantikan

Krim Mata The Ordinary Beri Perbezaan Ketara Pada Bahagian Mata Dalam 30 Minit?

by Nurul A.
September 12, 2026

Jenama penjagaan kulit dari Kanada, The Ordinary memperkenalkan Lacto-PDRN* 4%+B9 Eye Cream, iaitu krim mata yang direka untuk memberikan ketegasan...

Read moreDetails
Wajah Berminyak
Kecantikan

Kenapa Wajah Jadi Sangat Berminyak Selepas Bangun Tidur?

by Nurul A.
October 23, 2026

Pernah tak kamu bangun je tidur, wajah rasa melekit dan berminyak sangat? Kalau kamu nak tahu, sebenarnya ada banyak faktor...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara