Gara-gara tak puas hati dengan penampilan sebenarnya; seorang lelaki yang dikenali sebagai Cory Hall telah menjalani pembedahan plastik berulang kali. Semuanya dilakukan kerana dia mahu kelihatan seperti patung Ken dan memiliki pinggul Kim Kardashian.
Menggelar dirinya sebagai Ken-Kardashian, Cory dikatakan telah berbelanja sebanyak £80,000 (RM466,438.75) untuk pembedahan plastiknya.
Pada tahun 2020, Cory pertama kali menjalani pembedahannya iaitu Brazilian Butt Lift (BBL) selepas terinspirasi dengan idolanya, Kim Kardashian. Untuk pengetahuan kamu, pembedahan BBL ini melibatkan proses pengambilan lemak daripada bahagian badan yang lain, untuk memberikan rupa bulat dan montok pada punggung.
Selepas pembedahan pertamanya itu, Cory meneruskan misinya dengan melakukan suntikan bibir, pipi dan rahang untuk meningkatkan penampilan. Bukan itu saja, dia juga melakukan botox dan Lipo 360 terhadap badannya. Selain daripada pembedahannya, Cory juga memastikan dirinya sentiasa bersenam di gim untuk mendapatkan bentuk lengan, kaki, dada dan perut idamannya.
Menjadikan Kardashian sebagai standardnya, Cory dikatakan turut ‘meniru’ gaya hidup idolanya dengan mengenakan pakaian berjenama seperti Balenciaga, Diesel, Alexander Wang, Gucci dan banyak lagi.
Psst… Menurut kamu, okay ke transformasi Cory?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.