Sebelum ini, Salman Khan pernah menjadi pelakon pembantu dalam filem “Kuch Kuch Hota Hai”. Akan tetapi menggunakan body double untuk menggantikannya semasa menari untuk lagu “Saajanji Ghar Aaye”.
50% Sahaja Menari, Selebihnya Body Double
Body Double adalah merupakan orang yang mengantikan pelakon dalam babak-babak tertentu. Sebagai pengarah, Farah Khan telah berkerjasama dengan ramai pelakon terutamanya dengan bintang besar Bollywood sebagai choreographer.
Baru-baru ini, Farah Khan memberi tahu semasa penggambaran lagu “Saanjanji Ghar Aaye” untuk filem Kuch Kuch Hota Hai pada tahun 1998, pelakon Salman Khan datang ke set penggambaran hanya beberapa jam sahaja. Tambahnya lagi, dalam lagu berkenaan, Hanya 50% sahaja melibatkan Salman Khan dan selebihnya adalah body double.
Farah Khan memberitahu menegnai Salman Khan itu semasa dalam rancangan realiti tarian di India.
“Kalian tahu tak? dia (Salman Khan) hanya melakukan separuh sahaja lagu Saanjanji Ghar Aeye selebihnya bukan dia. Dia hanya datang untuk beberapa jam sahaja jadi apa yang kami buat ambil segala sudut, tepi, atas, belakang dirinya dan selebihnya adalah Body double”-kata Farah
Di dalam filem tersebut, Salman Khan memegang watak sebagai Aman yang akan berkahwin dengan Anjali (Kajol). Lagu Saanjanji Ghar Aaye adalah semasa majlis pertunangan mereka.
Apa-apa pun, bukan hanya bintang besar seperti Salman Khan sahaja yang mempunyai body double, malah bintang besar lain juga pasti ada cuma tidak dihebohkan kepada umum.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.