Lucinta Luna berkongsi detik ketika menunaikan solat sunat Aidil Adha pada khamis lepas, 29 Jun 2023.
Menyambuat Hari Raya Aidil Adha
Dia yang sedang menunaikan solat hari raya, kelihatan memakai telekung bermotif polkadot. Dia turut ditemani oleh saudara maranya yang berada di sebelahnya.
Lucinta Luna juga turut mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha dan memohon maaf dari segi fizikal dan mental kepadapeminatnya.
Menerusi kapsyen tersebut, Lucinta Luna mengakui bersyukur kerana dapat menyambut hari raya Aidil Adha.
Solat Berjemaah Bersama Saudara Mara
Beliau juga menzahirkan rasa syukur kerana dapat beribadat dalam bentuk solat hari raya secara berjemaah bersama sanak saudara.
Menurut Intepseleb, tindakan Lucinta Luna bersembahyang di bahagian dan saff wanita membuatkan netizen berang.
Memandangkan identiti Lucinta adalah transgender, netizen merasakan tindakannya itu membahayakan wanita Islam lain yang ingin beribadat.
Tindakan Yang Salah
Kebanyakkan netizen menyatakan tindakan Lucinta tersebut berkemungkinan akan membatalkan wudhu wanita yang lain.
Malah ada juga netizen yang meminta supaya Lucinta memakai pakaian yang menampakkan lelaki supaya ibadatnya kelak boleh diterima.
Terdapat juga salah satu dari komen yang menyatakan bahawa Lucinta Luna sudah jauh terpesong dan mendoakan agar dia kembali ke pangkal jalan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.