Baru-baru ini, Kim Kardashian sekali lagi menjadi bualan ramai apabila dirinya kini lebih berani memakai pakaian yang berwarna selain dari warna kebiasaannya. Terdahulu, Kim Kardashian sering memakai pakaian yang berwarna ‘Nude’ atau ‘colour pastel’ yang menampakkan bahawa dirinya seorang yang tenang.
Kini Keluar Dari Warna Kebiasaannya
Baru-baru ini, Kim Kardashian kelihatan Cantik dan anggun ketika menghadiri pertunjukkan fesyen “Dolce Gabbana Alta Moda” di Italy. Kim Kardashian memakai busana ‘Plum Gown’ berwarna ungu dan sekalung permata pada bahagian lehernya membuatkan dirinya lebih menonjol dari yang lain.
Kata Kim Kardashian, sebelum menjadi ‘Creative Director of Dolce Gabbana’, dia tidak yakin akan kemahiran penggayaan dirinya itu serta merasakan bahawa dia tidak tahu gaya yang sesuai kerana terikat dengan warna yang biasa dia memakainya dahulu.
Kim Kardashian kini telah menjadi ‘Creative Director of Dolce Gabbana‘, jadi dirinya perlu memakai Style seumpama ‘La Dolce Vita’ yang agak seksi tapi masih mengekalkan keanggunan diri dan tidak kelihatan murah. Ramai juga peminatnya yang menyokong perbuatannya itu, ada juga yang mengatakan bahawa Kim Kardashian telah kembali untuk menghias kembali dirinya yang ‘mahal’ yang menampakkan cantik, kaya dan mempunyai kelas yang tersendiri.
Miss Murai sangat setuju bahawa Kim Kardashian kini sememangnya kelihatan lebih cantik dan anggun serta tampak mahal bila menggenakan ‘Plum Gown’ yang berwarna ungu tersebut. Jika mahu dibandingkan dengan eranya yang ketika itu bersama Kanye (bekas suaminya) memakai segalanya ketat dan hanya berwarna Nude, kelabu atau hitam menampakkan dirinya seperti dipenjara oleh kecantikkannya sendiri.
Analisis Warna Mengikut Kulit Sendiri
Kalau nak tahu mengapa warna ungu pada ‘Plum Gown’ tersebut sesuai dengan Kim Kardashian adalah kerana mengikut warna analisis kulitnya. Setiap daripada kita mempunyai warna analisis masing-masing. Warna analisis adalah warna yang sesuai dengan kulit diri kita. Tidak semua warna sesuai dengan kulit kita namun jika kamu benar-benar mendapatkan warna analisis yang sesuai dengan kulit maka kamu akan kelihatan lebih ‘Stunning‘ berbanding biasa.
Cara untuk membuat analisis warna pada kulit adalah. kamu perlu berada dalam cahaya lampu yang neutral iaitu berwarna putih, dapatkan kain yang mempunyai pelbagai jenis warna dan hamparkan pada bahagian dada kamu.
jika kulit kamu kelihatan gelap dan pudar pada hamparan warna tertentu, maka warna tersebut tidak sesuai dengan diri kamu. Jika hamparan warna tertentu membuatkan kamu kelihatan cerah dan menyerlah maka itu adalah warna analisis yang sesuai dengan kulit kamu.
Apa-apa pun, jika kamu mahu pakaian yang dipakai kelihatan lebih cantik dan menarik, maka perlu korbankan sedikit masa untuk mencari ilmu walaupun sedikit tentang warna atau sillhoutte yang sesuai dengan diri kamu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.