Mungkin ada diantara kita tidak tahu bahawa, pengacara dan pelakon Azwan Ali pernah menaruh perasaan terhadap penyanyi Ziana Zain suatu ketika dahulu namun cintanya bertepuk sebelah tangan. Azwan Ali Mohamed Azwan Haji Ali pernah mencintai Ziana.
Sebelum ini, dalam temubual bersama DJ Nazz, Azwan mengaku hanya bertepuk sebelah tangan. Ziana tidak mencintainya sebaliknya menganggap Azwan sebagai kawan biasa.
“Saya pernah feeling-feeling, dia tak cinta saya, saya je anggap saya cinta Diva ZZ (Ziana Zain)”- luahnya.
Dengan luahan Azwan ini, apa agaknya reaksi Ziana ya?
Terbaru, DJ Nazz telah menemubual secara eksklusif Ziana di saluran Youtube Molek TV. DJ Nazz mengimbau kembali perbualannya dengan Azwan yang mendakwa dirinya sangat mencintai Ziana.
Ziana yang mesra dipanggil Kak Gee memberi respon yang sangat mendalam malah dia menghargai seseorang yag mencintai dirinya.
“Bagi Kak Gee, rasa cinta itu wujud dengan tidak ada paksaan. Dia terbit dari hati. Kak Gee menghargai kepada sesiapa yang mencintai Kak Gee. Kamu harus menghargai kerana kita juga pernah mencintai seseorang. Kita hargai tak orang itu?
“Ya Allah orang itu hargai tak kalau kita mencintai? Cinta itu tanpa syarat..”- luahnya dengan ringkas sambil menutup bicara.
Temubual penuh Ziana dan DJ Nazz boleh ditonton di KERUSI DJ NAZZ BERSAMA ZIANA ZAIN di Youtube Molek TV yang kini sudah mencapai 49 ribu tontonan. Banyak lagi kandungan yang menarik di paparkan pada setiap video di laman Youtube Molek TV. Tunggu apa lagi, jangan lupa Subscribe Youtube Mole TV.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.