Secara umumnya, lafaz cerai ialah lafaz yang menggunakan ucapan yang jelas dan tegas dengan maksud menunjukkan makna perceraian.
Perceraian dengan persetujuan atau dengan perintah mahkamah bererti, seorang suami atau
isteri membuat permohonan kepada mahkamah dengan mengisi borang-borang tertentu untuk
bercerai sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk berbuat demikian.
Berbahas soal ini, selepas tempoh 11 tahun bergelar isteri pelakon Farid Kamil diakui Diana Danielle sebagai fasa yang banyak mengajarnya erti kematangan sebuah kehidupan, sebagai isteri dan ibu.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkata, biarpun sudah membawa haluan masing-masing, dia akan mengenang perkahwinan itu dari sudut positif selain mendoakan terbaik buat dirinya dan bekas suami.
“Saya bersyukur banyak belajar benda yang baik-baik. Belajar untuk menjadi matang, jadi ibu dan juga isteri.
“Banyak sangat pengajaran yang tidak semestinya pengakhiran ini saya ambil yang negatif sahaja. Saya ambil yang positif juga.
“Saya doakan kami dapat memulakan hidup dengan lebih baik selepas ini,” katanya.
Kemelut rumah tangga pasangan sama cantik sama padan itu menemui titik noktah selepas Farid melafazkan talak satu kepada Diana secara dalam talian menerusi Google Meet di hadapan hakim syarie hari ini.
Itu berikutan Farid, 42, tidak dapat hadir ke mahkamah atas masalah kesihatan dan diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan.
Pergolakan rumah tangga pasangan itu mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai pada 10 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Diana mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai dengan Farid.
Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.