Isu video yang tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang mengumumkan bahawa telah berkahwin sekali lagi untuk kali kedua.
Video yang tular itu turut mendapat reaksi pelbagai pihak termasuklah selebriti seperti Nabila Huda, Anzalna Nasir di laman media sosial mereka.
Jangan Berkahwin Jika Masih Bernafsu Lihat Perempuan Lain
Menerusi ciapan di Twitter, Nabila Huda atau lebih mesra disapa sebagai Abil dilihat menitipkan pesanan para lelaki tidak mendirikan rumah tangga jika masih bernafsu melihat perempuan lain.
“Kalau masih lagi ada rasa bernafsu tengok perempuan lain, dari pasangan sendiri, better jangan kahwin dulu la..Have fun lah dulu sepuas-puasnya! Kalau rasa dah betul-betul bersedia nak jadi seorang suami setia pada your one and only isteri, baru kahwin. As simple as that.”-ciapan Abil di Twitter
Hati & Perasaan Isteri Harus Dijaga
Dalam pada itu, pelakon Anzalna Nasir menerusi hantaran di Insta Stories, menyatakan bahawa hati dan perasaan para isteri seharusnya dijaga, bukannya dengan mengahwini perempuan lain.
“Hidup ini tak perlu mengharapkan lelaki! Berpoligami? Kadang perempuan nampak macam redha tapi dalam hati hanya dia sahaja yang tahu. Kalau sayang isteri cukuplah jaga hati dan perasaan, bukan dengan mengahwini perempuan lain.
Perempuan kalau dah sayang sanggup buat apa sahaja untuk yang tercinta! Balas la yang sama, hargailah isteri, kerana banyak pengorbanan yang kami dah lakukan.”-tulis Anzalna di Instagram
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.