Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Janji Tak Membazir Sebab Dah Bayar”
Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 812 ribu, tanda suka sejumlah 44 ribu dan komen sebanyak 1 ribu.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta berada di suatu tempat makan di Hotel. Apa yang lebih mengujakan ialah apabila Che Ta membungkus makanan (tapau) dengan menggunakan tisu lalu dimasukkan ke dalam beg tangannya.
“Mak-mak bila pergi breakfast, makanan tak habis kan, nak tapau untuk brunch. Nasib kita bawa handbag datin”-kata Che Ta
@rozitachewan1 Sapa perangai mak mak mcm ni hahahahaah geng tak? Xbaik baziaqq tau 😛
Rata-rata netizen terhibur melhat telatah Che Ta yang Tapau makanan itu. Mereka juga mengatakan itu adalah perkara biasa bila dah jadi ‘mak-mak’.
“Cara lipat tisu tu pun dah expert hahaha”
“Sebijik mak aku , selalu tegur “makk apa ni malu la”. rupa2nya memang mak2 macam ni ye”
“Dekat cafe kenyang nak mampos, bila masuk bilik dah rasa lapar balik, tu function tapau”
“Mak saya selalu buat macam tu pastu kami acah2 marah last balik bilik tu kami2 jugak yang bedal makanan”-kata mereka
Apa-apa pun, lebbih baik bungkus makanan yang tak habis di makan daripada iainya akan dibuang nanti.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.