Program hiburan popular, Gegar Vaganza terbitan Astro bakal kembali bersiaran dengan menampilkan 10 peserta bersaing merebut kedudukan pada 24 September ini.
Persaingan sengit dijangka dilihat dalam Gegar Vaganza musim kesepuluh (GV10) berikutan senarai penyanyi merupakan bekas juara GV sebelumnya. Mereka bakal menyahut cabaran semula dalam gelanggang ini.
Berikut senarai penuh.
- Ayai (Juara GV Musim ke-1)
- Siti Nordiana (Juara GV Musim ke-2)
- Azharina (Juara GV Musim ke-3)
- Datuk Aishah ((Juara GV Musim ke-4)
- Noryn Aziz ((Juara GV Musim ke-5)
- Hardy Mirza (Juara GV Musim ke-6)
- Naqiu (Juara GV Musim ke-6)
- Cliff Umar (Juara GV Musim ke-7)
- Aliff Aziz (Juara GV Musim ke-8)
- Jaclyn Victor (Juara GV Musim ke-9)
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.