Puteri Sarah Liyana tegas dengan pendiriannya untuk meneruskan saman terhadap kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwie Darvienda Mazweena.
Sarah yang kini sedang bercuti di Indonesia berkata, keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dibuat kerana wanita terbabit masih bercakap buruk mengenai dirinya.
Sarah berkata, walaupun tindakan saman dibuat sebelum ini sudah ditarik balik tetapi ia dibuat untuk memberi pengajaran kepada pihak terbabit.
“Ingatkan saya hendak datang bercuti di Indonesia dengan aman, namun ramai yang bertanya kepada saya berhubung tindakan undang-undang yang akan diambil ini.
“Saman tetap diteruskan, kalau tidak individu itu tidak akan berhenti ‘menyalak’. Oleh itu, orang seperti ini wajib diberikan pengajaran.
“Supaya pendekatan yang saya ambil ini menjadi iktibar, supaya mereka tahu bila hendak berdiam diri dan bila hendak bercakap,” katanya.
Sarah berkata, kali ini tiada belas kasihan lagi sebaliknya dia akan teruskan dengan keputusan tindakan undang-undang dan menyifatkan Wiwie tidak bersyukur dengan peluang yang diberikan itu.
Pada Jun tahun lalu, Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.
Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah injunksi inter-parte bagi kedua-dua belah pihak yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira untuk tidak menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Sarah serta keluarganya, keluarga mentua, termasuk suami, Syamsul.
Pada Julai lalu, Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan kes saman pelakon itu terhadap Ira dan dua ahli keluarga diselesaikan secara baik di luar mahkamah.
Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.