Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
Gigih Betul Nak Suruh Suami Dia Makan!
terdahulu, tlar satu video di laman media sosial tiktok milik @samtillafanclub yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.5 juta, tanda suka sebanyak 118 ribu dan 2 ratus komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin cuba sedaya upaya untuk menghasut Shaheizy Sam untuk merasai biskut yang dimakannya itu. Namun Shaheizy Sam menolak pelawaan isterinya itu dan akhirnya akur untuk memakannya juga.
@samtilla.hq Hahaha korang Sam kecundang? Tengok sampai habis 🤣 @Shaheizy Sam @SyatillaMelvin #samtilla #samtillahq #awakwangisayasuka #perfumetiktok #sam #themelvins #racuntiktok #unforgettablesamtilla #samtilla82 #perfumeviral #dropship #tilla #merdeka @SamtillaFanClub
Rata-rata netizen terhibur engenai telatah suami isteri yang ‘masuk air’ itu. Mereka mengatakan seronok bila dapat pasangan yang sekepala mampu unutk bergurau bersama-sama.
“Diorang ni memang perangai sama, bahagia sangat-sangat”-kata mereka
“Masyaallah, suka tengok pasangan bahagia ni. semoga ikatan perkahwinan kekal hingga ke syurga”-ujar mereka.
“Best gile sekepala macam ni, gaduh kejap je. melawak terus ok balik. xdapat gaduh lelama”-tambah mereka
Apa-apa pun, semoga mereka sekeluarga dan kita semua diberi kebahagiaan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.