Sejujurnya, Miss Murai sangat sukakan strawberry makeup oleh Hailey Bieber yang viral ini. Bukan apa, hasil mekap sebegini dapat buatkan kamu nampak lebih manja dan sweet!
Info untuk kamu, strawberry makeup ini terdiri daripada perincian warna kemerah-merahan di sekitar pipi. Dipadankan pula dengan freckles (asli atau palsu), memang nampak makin glowing lah wajah.
Sekiranya kamu berminat dan mahu mencuba-cuba lakukan strawberry makeup oleh Hailey Bieber ini, Miss Murai tunjukkan caranya yang agak mudah untuk kamu ikuti. Bermula daripada…
@haileybieber Everday Strawberry Makeup 🍓💋
1. Pertama sekali prep kulit wajah kamu. Pastikan asas rutin penjagaan wajah kamu kuat kerana mekap ini memerlukan kulit yang terhidrasi dengan baik. Barulah hasilnya menampakkan wajah makin glowing dan sihat, malah solekan pun boleh tahan dengan lebih lama.
2. Langkah kedua, bentukkan kening untuk kelihatan lebih semula jadi. Saranan Miss Murai, berus kening kamu menggunakan spoolie ke arah atas. Jika kening tak tebal, cuba isikan ruangan yang jarang dengan melukis secata layang-layang.
3. Kemudian sapukan wajah dengan foundation. Pastikan kamu pilih foundation yang bertekstur ringan dan coverage pula medium supaya nampak lebih semula jadi.
4. Untuk bronzer pula, Miss Murai syorkan kamu pilih jenis berkrim untuk tahan lebih lama. Sapukan cream bronzer di sekitar tulang pipi, hidung dan dahi. Blend menggunakan berus.
5. Sekiranya wajah mempunyai cela seperti parut jerawat, eye bag dan sebagainya, gunakan concealer. Tip Miss Murai, letakkan concealer di kawasan tertentu dan blend menggunakan jari atau span.
6. Selepas itu, blush pula pastikan pilih rona merah jambu. Sapukan blush di atas pipi dan sekitar hidung. Pastikan blend menggunakan jari untuk nampak lebih semula jadi. Highlighter pula disyorkan menggunakan rona ala-ala peach untuk berikan kesan glowing di sekitar pipi.
7. Jika kamu tidak mempunyai freckles, Miss Murai syorkan untuk kamu ciptanya sendiri. Caranya ambil eyeliner berona coklat dan titik secara layang-layang di sekitar pipi dan hidung.
8. Jangan lupa untuk letakkan eyeshadow, eyeliner dan juga mascara di bahagian mata. Miss Murai sarankan guna warna coklat untuk kesan semula jadi.
9. Akhir sekali, pilih gincu yang sama warna dengan blush kamu. Lengkapkan penampilan kamu dengan sapuan lipgloss untuk berikan kesan mungil dan berkilat pada bibir.
Selamat mencuba!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.