“Ira tengah mengalami kifarah sekarang, bukan? Dia pun dah reda, bersyukur dengan apa Allah beri kepada dia,” kata isteri pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mengenai kifarah atau balasan yang diterima isteri Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dalam satu siaran langsung dibuat Nilam di TikTok.
Walaupun tidak memperincikan maksud di sebalik Ira sudah menerima kifarah, namun Nur Nilam memberitahu wanita itu sudah reda dan ikhlas dengan ujian yang dilaluinya.
“Dia terima, dia ikhlas. Insya-Allah. Kita doa yang baik-baik untuk dia juga,” katanya.
Menerusi video itu kelihatan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 28, sedang duduk di sisi Nur Nilam sambil bermain telefon.
Ira bagaimanapun tidak memberi sebarang reaksi terhadap luahan Nur Nilam dan hanya sesekali tersenyum sambil bermain telefonnya.
Kenyataan itu menimbulkan rasa ingin tahu netizen sehingga memintanya bercerita lebih lanjut mengenai kifarah diterima Ira.
Kehadiran Ira dalam video siaran langsung Nur Nilam turut mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan pengikut.
Rata-ratanya meninggalkan komen yang memintanya untuk beredar dari siaran langsung itu serta mengimbau kembali busana Ira sewaktu majlis pernikahannya dengan pengarah handalan itu.
Biarpun dihujani komen negatif tetapi Ira tetap tenang dan tidak melenting, malah mampu tersenyum.
Kisah antara Syamsul dan Ira sentiasa menjadi perhatian ramai sejak pengarah itu mengumumkan sudah bernikah dengannya di Thailand pada 6 Januari lalu.
Sebelum itu nama Ira ‘panas’ susulan dakwaan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan bekas isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana.
Bagaimanapun kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir dengan lafaz cerai talak satu pada 14 Jun lalu.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya iaitu Syaikhul Islam, 6 tahun dan Sumayyah, 4 tahun.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.