Kapsyen ‘Pray For Israel’ namun gambar dimuat naik menunjukkan kehancuran negara Palestin. Itulah kebebalan penyanyi pop antarabangsa yang dipaparkan dalam laman sosial miliknya.
Bieber atau nama sebenarnya, Justin Drew Bieber berdepan kecaman ramai dan seterusnya bertindak memadam hantaran tersebut dan menggantikannya dengan latar belakang kosong bertulis frasa tersebut.
Difahamkan, hantaran Bieber diperoleh daripada Associated Press yang menggambarkan kemusnahan sebahagian Semenanjung Gaza.
Biarpun sudah memadam hantaran tersebut, kebanyakan pengikut laman sosialnya menyedari status terawal seterusnya meluahkan kekecewaan terhadap penyanyi asal Kanada itu.
Sungguh memalukan. Jika awak tidak tahu apa yang dibincangkan, maka jangan bercakap sama sekali,” kata netizen dengan tegas.
“Bieber siarkan hantaran berdoa untuk Israel menggunakan gambar Gaza yang musnah seolah-olah individu tidak siuman,” ujar netizen.
Perang yang berlaku antara Palestin dan Israel mendapat perhatian luas sejak kumpulan Hamas melancarkan serangan kepada Israel.
Tidak berdiam diri, Israel melancarkan serangan balas sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda dan kematian di Gaza.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.