Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta. Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Nanti Dah Besar Lagi Cantik”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 309 ribu, tanda suka sebanyak 8 ribu dan hampir 1 ratus komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan kecantikkan Aaisyah Dhia Rana yang memakai dress berwarna merah jambu berserta tatarias yang sama warna dengan bajunya itu telah menarik perhatian ramai bersama inai yang dipakainya itu.
@rozitachewan1 Ada lagi dak yg nak imai 3 rimggit ??? Lekaih join live kami ptg ni na🥰 . Meniga sambil bersedekan konsepnya .. sama sama lah kita meqasa na 🥰 . #cheta #inaicheta #aaisyahdhiarana #fyp
Rata-rata, ramai yang memuji kecantikkan Aaisyah Dhia Rana yang terserlah walaupun masih bersekolah rendah, dan mereka mengatakan tidak sabar untuk melihat kacantikkannya bertambah apabila meningkat dewasa nanti.
“Cantiknya anak CheTa”
“Comei la Aaisyah ni macam mak dia”
“Kecik-kecik dah lawa jelita terletak helok je budak ni, muka pun seiras kpop artis Danielle New Jeans. Aku kecik2 dulu macam pelarian”
“Amboi cantik anak dara ni muka dia pun muka peranakan anak orang putih, Cantik”-kata mereka
Tidak dinafikan bahawa Aaisyah sememangnya seorang yang cantik seperti ibunya masa muda-muda dahulu. Apa-apa pun, semoga kehidupan kita semua peroleh keberkatan di dunia dan akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.