Ada tak di antara kamu yang minat dengan fesyen penyanyi Indonesia, Raisa?
Secara peribadi, dalam ramai-ramai penyanyi Indonesia, Raisa adalah antara penyanyi kegemaran Miss Murai. Raisa bukan sahaja memiliki bakat menyanyi yang luar biasa, malah rupa parasnya yang menawan dan selera ketika berfesyen.
Kalau kamu lihat di Instagram Raisa sendiri, penyanyi ini kerap kali tampil bergaya walaupun hanya mengenakan pakaian kasual dalam kehidupan hariannya.
Entri kali ini, Miss Murai kongsikan gaya Raisa yang sesuai untuk wanita yang memerlukan perubahan gaya yang baru. Intai lima gaya Raisa yang chic, segar dan moden pilihan Miss Murai di bawah;
- Gabungan wide leg jeans dan oversized blazer buatkan si pemakai tampil chic serta selesa.
- Lebih moden dan nampak segar gaya si pemakai apabila padukan turtleneck dan jaket dalam rona yang sama. Jangan lupa kenakan pencil skirt untuk nampak lebih chic.
- Padanan skirt pendek paras lutut dengan blazer dalam warna sedondon.
- Padanan jeans mom dan kemeja putih tak pernah salah!
- Kalau nak nampak manis dan masih lagi chic, kamu boleh padukan crop blazer bersama gaun. Saranan DIVA, pilih gaun satin untuk nampak lebih ‘mahal’.
Pandai mix and match setiap pakaian membuatkan Raisa nampak sangat elegan dan bergaya. Psst… Sekali pandang langsung tak nampak seperti mak anak satu kan?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.