Madonna menjadi sorotan ketika membuat persembahan di Madonna Celebration Tour yang diadakan di The O2 Arena, London. Netizen sibuk mengulas mengenai penampilan wajah penyanyi berusia 65 tahun itu yang dikatakan masih bertenaga.
Penyanyi “Material Girl” itu naik ke pentas dengan fesyen korset biru dan mengenakan tudung putih panjang . Dia melengkapkan penampilannya dengan sarung tangan panjang berwarna biru dan aksesori rantai berbentuk salib.
Selain fesyen uniknya, ramai yang memuji kelincahan penyanyi ini tak seiring dengan usianya yang sudah lanjut.
@madonnaculture Madonna & Nicki Minaj in Denmark 🇩🇰 Celebration Tour, Copenhagen, October 2023 ✨ #madonna #madonnaculturetiktok #celebrationtour #pop #nickiminaj
@madonnaculture 🔥🔥🔥 Madonna performing Celebration & Music 🪩 Live at Celebration Tour, London, October 18, 2023 #madonna #madonnaculturetiktok #celebrationtour
Penyanyi berusia 65 tahun itu sekitar Jun lalu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan bakteria kronik.
Penyanyi sensasi itu menerusi Instagramnya sebelum ini memaklumkan masih dalam proses pemulihan dan sedang memberi tumpuan terhadap kesihatan.
Madonna memulakan siri jelajah konsert baharu musim panas ini bagi meraikan 40 tahun bersempena lagu-lagu hitsnya. Penganjur berkata “Madonna: The Celebration Tour” akan membawa peminat dalam “perjalanan artistiknya melalui empat dekad dan memberi penghormatan kepada bandaraya New York di mana kerjayanya dalam bidang muzik bermula”.
Ia akan mengembara ke 35 bandar bermula dengan Vancouver pada 15 Julai. Selepas beberapa tarikh di wilayah Amerika Utara, dia kemudiannya akan menuju ke Eropah dan berakhir di Amsterdam pada 1 Disember.
Madonna, pemegang gelaran the best selling female artist sepanjang zaman berkongsi video di laman Instagramnya dan duduk semeja dengan selebriti termasuk DJ Diplo, pengarah Judd Apatow dan pelakon dan pelawak Amy Schumer bermain Truth or Dare.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.