Nama penyanyi wanita Malaysia, Dayang Nurfaizah tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Memulakan kerjayanya sebagai pernyanyi seawal umur 18 tahun menerusi program realiti nyanyian anjuran 8tv iaitu One In A Million.
Dayang Nurfaizah juga telah membuat banyak album serta meraih pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara membolehkan namanya kini sebaris bersama penyanyi wanita Malaysia yang lain seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Liza Hanim, dan Jaclyn Victor.
Sedap Didengar, Sedap Dipandang!
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @dayangnurfaiza77 yang meraih perhatian ramai. Video tersebut kini meraih jumlah tontonan sebanyak 40 ribu, tanda suka sebanyak1 ribu dan hampir 50 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Dayang Nurfaizah diundang ke sebuah majlis untuk menyanyikan lagu serta mengenakan busana yang diperbuat dari songket.
https://www.tiktok.com/@dayangnurfaiza77/video/7295965913185012993?_t=8h0yTm4iaDh&_r=1
Rata-rata, peminatnya memuji mengenai penampilan Dayang Nurfaizah ketika membuat persembahan tersebut. Mereka mengatakan bahawa Dayang Nurfaizah kelihatan anggun, cantik berkelas dan tampak mahal.
“Pakailah baju apa pon, tetap nampak mahal n classy”
“Mahal betul penampilan Dayang ni”
“Classy and elegant kak Dayang, letupss limited thats why payment pon mahal, Dayang ada kelas dia yang tersendiri tak dapat dinafikan lagi”
“Memang bagus suaranya”-kata mereka
Apa-apa pun, sebagai selebriti haruslah menjaga penampilan agar kelihatan kemas dan sedap mata memandang. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.