Seorang pelajar Malaysia akan diterbangkan ke United Kingdom (UK) pada Ahad ini untuk bertemu dengan Ratu Camilla.
Berlangsung Di Buckingham
Pertemuan antara Kong Yong Sin yang berumur 15 Tahun pada ketika ini akan berlangsung di Istana Buckingham pada 16 November.
Menurut portal Royal Commonwealth Society, Yong Sin Kong ialah pelajar tingkatan 3 berumur 15 tahun dari Sekolah Menengah Kluang.
Dia dikatakan sangat gemar bercerita sejak awalnya, sama ada dalam bentuk sastera, pawagam atau teater.
Mempunyai Hobi Menulis
Hobinya adalah menulis dan setiap kali dia menulis, dia mendapat inspirasi daripada orang yang dia puja, daripada Neil Gaiman hingga Lin Manuel-Miranda.
Dia juga merupakan peminat setia The Beatles, muzikal, filem 80-an dan novel dystopian.
Dia juga dikatakan suka menari dengan album Taylor Swift serta berkongsikan mengenai kehidupannya bersama keluarga dan anjing setianya, Mimi.
Menjadi Naib Juara Pertandingan Esei
Kong Yong Sin dipilih bertemu Camilla selepas dia menjadi naib juara kategori senior Pertandingan Esei Komanwel Ratu (QCEC) 2023.
Terbuka kepada semua warga Komanwel berumur 18 tahun ke bawah, QCEC, yang dihoskan oleh Royal Commonwealth Society yang berpangkalan di UK, ialah pertandingan menulis antarabangsa tertua di dunia untuk peringkat sekolah.
Tema tahun ini ialah “Komanwel yang Diterajui Belia”, mencabar para peserta untuk meneroka kuasa yang dipegang oleh golongan muda dalam komuniti global dan untuk mempertimbangkan cara kuasa ini dimanfaatkan untuk memberi impak yang bermakna kepada dunia.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.