Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Takyah Nak Fresh Sangatlah, Gigi Pun Takda”-Che Ta
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta, tanda suka sebanyak 33 ribu dan hampir 4 ratus komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan reaksi balas Aaisyah kepada Che Ta selepas memberitahu mengenai produk kecantikan kulit yang diminta oleh Aaisyah sempena hari lahirnya baru-baru ini.
“Aaisyah, diorang cakap skincare tu seua beli dekat sephora je”-kata Che Ta
“Tapi tak mungkinlah Mummy nak beli”-tambah Che Ta
“Mummy, barang-barang yang Aaisyah nak tu no 1, You still in your old world dengan safi mummy lah apa tu pastu i need a new fresh one”-kata Aaisyah
“Takyah nak Fresh sangat lah, gigi pun takdak, hahahahahha:”-jawab Che Ta
@rozitachewan1 Dia tgh good mood, dia redha je lah tk dpt hadiah yg dia nak 🤣 selamat duit mummy 😋. . #skincare #sephora #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan #fyp
Rata-rata ramai yang terhibur selepas melihat video anak-beranak itu. Mereka juga mengetahui bahawa itu hanyalah gurauan dari mereka berdua sahaja dan tiada niat lain.
Apa-apa pun, semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.