Hairul Azreen Idris merupakan seorang pelakon, model, pelagak ngeri dan pengarah dalam industri seni di Malaysia. Hairul memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan, sebagai pelagak ngeri sebelum menceburi dalam bidang lakonan.
Juara Fear Factor Malaysia musim pertama itu, telah mendirikan rumah tangga bersama pengacara dan blogger iaitu Hanis Zalikha. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
“Nak Bawa Motor Naik Ikut Tangga Rumah?”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di lamanmedia sosial tiktok milik Hairul Azreen yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 450 ribu, tanda suka sebanyak 23 ribu dan hamper 1 ratus komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Hairul Azreen yang membawa masuk motornya di dalam rumah dan ingin membawa menaiki tangga.
“Nak bawa naik atas, dia kata mudah bawa anak g sekolah, mudah untuk beli barang dapur barang runcit, jadi mudahlah untuk bawa naik atas”-kata Hairul Azreen
@hairul_azreen88 Tunggangan mudah , Mudah di bawa #HondaVario125
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dari Hairul Azreen itu. Mereka juga mengatakan mengapa mahu guna tangga sedangkan lift di belakang ada.
“Takkan lah ikut tangga, lift u ada bang”
“Nak bawa naik atas sebab nak fly ke”
“Apa gun alif kat belakang tu bang, naik pakai tangga memang lambat bang”
“Bukan motor panas pun nak simpan dalam rumah hahaha”-kata mereka
Apa-apa pun, itu hanyalah sekadar konten yang dibuat oleh Hairul Azreen. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.