Rumahtangga mana yang tidak mempunyai ujian, jika tidak ujian dari pasangan maka akan datang ujian melalui ekonomi, anak-anak serta keluarga dan individu yang lain. Tanyalah kepada sesiapa yang sudah berkahwin, mesti dari mereka akan mengatakan bahawa tidak akan pernah terlepas dari menempuh dan melalui pelbagai bentuk ujian.
Baru-baru ini, tular mengenai pempengaruh media sosial iaitu Aisyah Hijanah apabila suaminya memberitahu di laman media sosialnya bahawa dia telah berkahwin dengan isteri no 2 sedangkan Aisyah Hijanah sedang sarat mengandung anak mereka yang ketiga.
Isu ini menjadi tular apabila rakyat Malaysia menjadi marah dengan suami Aisyah Hijanah yang dikenali sebagai Alif Teega apabila dia sering memberi nasihat dan motivasi mengenai hal-hal rumah tangga individu lain, namun kata-katanya memakan diri.
Ramai Yang Turut Sedih Melihat Ujian Yang Ditimpanya!
Baru-baru ini, netizen membongkarkan sesuatu yang mereka lihat pada kapsyen di video yang dimuat naik oleh Aisyah Hijanah di laman tiktok miliknya itu. Video tersebut memaparkan, Aisyah Hijanah sedang mengajar anak perempuannya mengaji namun kapsyen yang terakhirnya berunsur doa dan nasihat supaya anaknya menjadi wanita yang baik.
“Semoga Khadeejah membesar menjadi wanita yang baik dan tak merosakkan hidup orang lain. Jadilah anak perempuan yang tahu diri dan tak ambil kesempatan atas kebaikan orang sekeliling. Jadi anak yang kuat dan tidak mengharap orang lain. Jadi anak yang tidak mengadu sedih dengan orang yang tidak sepatutnya, Allahumma Aameen”-tulis Aisyah Hijanah
Rata-rata netizen sebak dengan ayat tersebut dan mereka mengatakan bahawa Aisyah Hijanah sebenarnya telah lama beri ‘hint’ mengenai apa yang berlaku dalam rumahtangganya, namun mereka mengetahui selepas suaminya itu membuat pengakuan di media sosial.
“Selama ni kita je yang tak perasan setiap hint dekat caption kak Aisyah”
“Semoga syurga tanpa hisab milik Aisyah Hijanah, Aminnn”
“The last paragraph at the caption”
“Syurga adalah milikmu Aisyah Hijanah”-kata mereka
Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar Aisyah Hijanah dapat menempuh ujian yang besar ini dengan tenang dan semoga Allah permudahkan urusannya itu.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.